Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Perunding Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah membuat penambahbaikan Dashboard baharu dan kawalan keselamatan akses pengguna iSPEKS yang akan dilaksanakan pada 6 Januari 2021. Terdapat blackout period bagi perlaksanaan aktiviti ini. Sistem iSPEKS akan ditutup dalam tempoh bermula 1 Januari 2021 hingga 5 Januari 2021.
Oleh yang demikian, semua proses dan transaksi melibatkan sistem iSPEKS dapat dilakukan bermula 6 Januari 2021 termasuk penjanaan Waran Peruntukan 2021 dan Perubahan Gaji Januari 2021.