MENGENAI KAMI

Amanat Pegawai Kewangan Negeri

Mengenai Kami

Profil Jabatan

OBJEKTIF
Merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan kearah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri.

MISI
Berusaha menyediakan tenaga kerja yang proaktif, professional serta komited dalam memenuhi kehendak pelanggan dengan melaksanakan pengurusan yang cekap.

VISI
Menjadikan Perbendaharaan Negeri sebuah agensi kerajaan yang berkualiti dan profesional dalam pengurusan kewangan negeri seiring dengan aspirasi untuk menjadi sebuah kerajaan yang efisien.

FUNGSI DAN STRATEGI
Bagi memastikan pengurusan kewangan diperingkat pusat dan agensi-agensi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan disamping menyediakan maklumat kewangan yang berkualiti dengan cepat dan teratur maka Perbendaharaan Negeri Johor telah merancang strategi berikut:-

  1. Merangka dan menyediakan Dasar-dasar Kewangan dan Belanjawan Negeri yang seimbang.
  2. Mengawasi serta memastikan supaya kutipan hasil negeri mencapai tahap maksimum.
  3. Mengawal dan menguruskan secara berkesan pelaburan Kerajaan Negeri.
  4. Mengawal pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan pinjaman Kerajaan Negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun Negeri.
  5. Mengawasi dan mengawal perbelanjaan negeri supaya mengelakkan pembaziran dan penyelewengan.
  6. Mengendali dan mengurus dengan cekap urusan peruntukan kepada Jabatan- jabatan supaya dapat menigkatkan perkhidmatan asas Kerajaan mengikut masa yang ditetapkan.
  7. Mengawasi pengurusan stor Jabatan dan agensi serta mengawal pelupusan aset negeri melalui sistem yang berkesan.
  8. Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan dan agensi Kerajaan mengenai semua perkara berkaitan dengan pengurusan kewangan.
  9. Mengambil tindakan bagi menyelaras, mengawasi dan mendapatkan maklumbalas serta memastikan tindakan susulan telah dilaksanakan keatas teguran Audit.
  10. Meningkatkan kemahiran anggota-anggota jabatan termasuk bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta kepimpinan.
  11. Mewujud dan membangunkan sistem maklumat serta memastikan supaya aliran maklumat bergerak secara berkesan untuk membantu pengurusan kewangan pentadbiran negeri

Piagam Pelanggan

Komitmen kami ialah:

  • Menyediakan Buku Bajet Negeri yang tepat dan Jumlah naskah yang mencukupi 14 hari sebelum tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri.
  • Mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri kepada Ketua- ketua Audit Negeri sebelum 31 Mei.
  • Memproses Permohonan-Permohonan Seperti berikut:
  • Pendahuluan Diri – 5 Hari Bekerja
  • Pengecualian Duti Hiburan – 6 Hari Bekerja
  • Pelupusan/Hapuskira – 30 Hari Bekerja
  • Pinjaman Perumahan – 6 Minggu
  • Memproses dan mengeluarkan:
  • Resit Terimaan Perbendaharaan – 14 Hari Bekerja
  • Resit Terimaan Bayaran – Serta Merta
  • Tawaran tender diputuskan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh diterima.

Carta Organisasi

carta organisasi

Senarai Bahagian

UNIT HASIL
  1. Penyediaan Anggaran Hasil Tahunan.
  2. Penyediaan laporan analisa prestasi pungutan hasil negeri.
  3. Menyelaras, memantau dan menilai hasil negeri.
  4. Merancang dan mengkaji usaha-usaha untuk meningkatkan hasil Negeri dan mencari sumber-sumber hasil baru.
  5. Memastikan semua urus niaga kewangan kerajaan berkaitan hasil negeri di dalam belanjawan hasil dan kutipan hasil dan terimaan hasil negeri direkod dengan tepat.
  6. Penyediaan maklum balas kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK), Mesyuarat Kewangan Negara serta Jabatan Audit Negara berkaitan dengan hasil negeri.
  7. Menguruskan permohonan dan tuntutan pemberian-pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.
  8. Menguruskan permohonan proses bayaran balik hasil negeri.
 
UNIT TUNGGAKAN HASIL
  1. Menyelaras dan memantau tunggakan hasil negeri.
  2. Merancang inisiatif pengurangan tunggakan hasil negeri untuk meningkatkan hasil negeri.
  3. Penyediaan Laporan Analisis Prestasi Tunggakan Hasil Negeri.
  4. Menyelaras urusan tatacara hapuskira tunggakan hasil negeri.
  5. Penyediaan kertas kerja kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) berkaitan tunggakan hasil negeri.
  6. Menyelaras maklum balas kepada Jabatan Audit Negara berkaitan isu-isu tunggakan hasil negeri.
  7. Memastikan pengurusan pemantauan tunggakan hasil yang berkesan dan berhemah berdasarkan Arahan Perbendaharaan, Pekeliling Perbendaharaan dan Undang-Undang serta Arahan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
 
UNIT ANALISA & PEMANTAUAN PELABURAN
  1. Menyediakan ulasan berkaitan kewangan bagi semua Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun (BBN) dan syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di bawah seliaan Kerajaan Negeri Johor.
  2. Menganalisa, merekod dan memantau prestasi pelaburan-pelaburan Kerajaan Negeri, prestasi Badan Berkanun Negeri (BBN), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) memnggunakan Penyata Kewangan yang telah diaudit.
  3. Menyemak semula asas penubuhan, urus tadbir dan dasar-dasar kewangan Badan-Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaaan (GLC)
  4. Mengumpul maklumat kewangan Badan-Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaaan (GLC) secara berkala untuk pelaporan di peringkat negeri dan persekutuan
 
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET
  1. Urusan perolehan jabatan Negeri/Pelantikan Perunding
  2. Pengurusan Penjadualan Mesyuarat Lembaga Perolehan (Tender) Negeri
  3. Pengurusan kelulusan permohonan perlantikan perunding Jabatan- jabatan Negeri
 
UNIT BELANJAWAN
  1. Memproses permohonan Belanjawan Tahunan setiap jabatan dan menyediakan Buku Belanjawan dan Perjawatan Tahunan Kerajaan Negeri Johor.
  2. Memproses Permohonan Tambahan dan Pindahan Peruntukan bagi setiap Jabatan Kerajaan Negeri.
  3. Memantau penyediaan Belanjawan Tahunan dan memproses Permohonan Tambahan dan Pindahan Peruntukan bagi Pihak Berkuasa Tempatan.
  4. Menyediakan Enakmen Perbekalan bagi Belanjawan Tahunan dan Tambahan Peruntukan.
  5. Memantau Akaun Amanah Pendahuluan Diri dan menyediakan Waran Pendahuluan Diri.
  6. Menyediakan Surat Pelantikan Pegawai Pengawal bagi setiap jabatan.
  7. Memproses Permohonan Kebenaran Berbelanja bagi Perbelanjaan Pembangunan.
  8. Menyediakan waran-waran peruntukan bagi Belanjawan, Tambahan Peruntukan, Pindah Peruntukan, Waran Peruntukan Kecil dan Waran Tarik Balik.
  9. Menyediakan Waran Perjawatan Jabatan Kerajaan Negeri Johor.
  10. Memproses permohonan ulasan kertas kerja yang akan dibawa ke Mesyuarat MMK.
 
UNIT PINJAMAN KERAJAAN
  1. Mengurus dan memantau pinjaman yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan.
    • Menguruskan bayaran balik mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) sebagaimana dalam Perjanjian yang telah ditandatangani
  2. Mengurus dan memantau pinjaman kepada Badan-Badan Berkanun Negeri (BBN), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
    • Mengeluarkan notis pemakluman bayaran balik kepada peminjam satu (1) bulan sebelum tarikh matang
    • Mengeluarkan notis pengesahan baki pinjaman kepada peminjam
  3. Mengawal selia kedudukan Kewangan Kumpulan Wang Amanah (KWA).
    • Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun
    • Menyediakan Penyata Terimaan dan Bayaran secara bulanan
    • Menyediakan Memorandum Pinjaman secara tahunan
 
UNIT PINJAMAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
  1. Pinjaman Perumahan
    • Mengurus terimaan bayaran balik pinjaman perumahan termasuk tunggakan dan lebihan bayaran balik pinjaman sedia ada
    • Mengurus penyimpanan dokumen hakmilik dalam fail JOPA
  2. Bayaran Balik Faedah Pinjaman “Reimbursement” Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
    • Menyediakan surat iringan kepada LPPSA melalui Ketua Jabatan peminjam sebagai dokumen sokongan pinjaman
    • Mengurus pembayaran balik faedah pinjaman “reimbursement” kepada peminjam
  3. Pinjaman Komputer
    • Mengurus permohonan pinjaman komputer kepada peminjam yang layak memohon pinjaman
    • Mengurus terimaan bayaran balik pinjaman komputer termasuk tunggakan dan lebihan bayaran balik pinjaman
  4. Pinjaman Kenderaan
    • Mengurus terimaan bayaran balik pinjaman kenderaan termasuk tunggakan dan lebihan bayaran balik pinjaman
  5. Mengawal Selia Kedudukan Kewangan Kumpulan Wang Amanah Pinjaman Perumahan, Pinjaman Komputer Dan Pinjaman Kenderaan
    • Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua (2) kali dalam setahun
    • Menyediakan Penyata Terimaan dan Bayaran secara bulanan
    • Menyediakan Penyata Penyesuaian secara tahunan

 

FUNGSI UNIT MARRIS
 
  1. Menyediakan Anggaran Peruntukan Tahunan, Peruntukan Tambahan Dan Revote Projek MARRIS.
  2. Menyemak dan mengesyorkan kelulusan bagi permohonan projek kerja di bawah peruntukan MARRIS.
  3. Menyemak dan mengesyorkan kelulusan bagi permohonan kelulusan berkaitan Garis Panduan MARRIS.
  4. Menguruskan buku amanah Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Raya (MARRIS) Negeri Johor.
  5. Urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Raya (MARRIS) Negeri Johor serta mesyuarat yang berkaitan.

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Urusetia bagi menyedia dan mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Johor Bilangan 1 setiap tahun.
  2. Urusetia bagi menerima, menyemak dan membuat pengesyoran terhadap timbalguna Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan untuk Kerajaan Negeri Johor.
  3. Menyemak dan mengesyorkan kelulusan bagi permohonan AP58(a) bagi baki peruntukan yang tidak mencukupi.
  4. Urusetia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Arahan Perbendaharaan 59 (JKAP59).
  5. Mengurus Akaun Amanah di bawah tanggungjawab Pegawai Kewangan Negeri Johor mengikut peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
  6. Menyemak dan mengesyorkan permohonan kelulusan khas kepada Pegawai Kewangan Negeri Johor menerusi penyediaan memo dan surat kelulusan.

 

UNIT PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

  1. Pentadbiran: Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran harian jabatan termasuk pengurusan sumber manusia, fasiliti, dokumentasi serta sokongan operasi bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan organisasi.
    • Fail Dan Rekod Jabatan
    • Penyelenggaran Kenderaan
    • Surat-surat dan sistem fail
    • Aset dan Harta Modal Jabatan
    • Stor dan Alatulis
    • Sistem Kedatangan/Kehadiran
    • Perjawatan & HRMIS
    • Majlis-Majlis Jabatan
    • Kertas-Kertas Kerja Program/Bengkel/Latihan/Kursus/Seminar/Lawatan
    • Mesyuarat-Mesyuarat Suku Tahunan
    • Panel Pembangunan Sumber Manusia dan Prestasi
  2. Perkhidmatan: Mengurus hal ehwal perkhidmatan pegawai dan kakitangan termasuk penempatan, penilaian prestasi, kenaikan pangkat serta persaraan bagi memastikan pengurusan sumber manusia yang efektif dan teratur.
    • Kursus dan Penyediaan Dokumen Temuduga
    • Pinjaman Kakitangan
    • Pengesahan Perkhidmatan
    • Dokumen Persaraan Kakitangan
    • Maklumat Personal SISPEN Jabatan
    • Buku Kenyataan Perkhidmatan, Fail Peribadi dan Fail Cuti
    • Faedah Gantian Cuti Rehat
    • Pengurusan Perubahan Gaji dan Bantuan Kewangan
    • Tapisan keutuhan (ESTK) SPRM
  3. Kewangan: Menguruskan belanja mengurus, pelaksanaan perbelanjaan, pembayaran gaji, penyediaan laporan kewangan serta memastikan penggunaan dana jabatan mengikut peraturan dan tatacara yang ditetapkan.
    • Penyata Kewangan 320
    • Baucar-baucar Belanja Mengurus
    • Pesanan Tempatan
    • Laporan Buku Vot
    • Laporan Prestasi Perbelanjaan
    • Pindah dan Tambah Peruntukan Belanja Mengurus
    • Panjar Wang Runcit
    • Bayaran Balik Hasil (BBH)
    • Peruntukan Kerja-Kerja MARRIS
    • Anggaran Bajet dan Hasil Jabatan
    • Penyata Pendapatan (Borang EA)
    • Laporan dan Dokumen bagi pertanyaan Audit

 

UNIT PENGURUSAN PEMANTAUAN AUDIT

  1. Bertindak sebagai urusetia bagi proses Pengauditan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Bersama Jabatan Audit Negara.
  2. Menyelaras pengurusan proses penyediaan Memorandum Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan penyediaan maklum balas terhadap syor dan laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Raya Negeri Johor).
  3. Menjalankan pemeriksaan merujuk kepada Arahan Perbendaharaan (AP308, AP309, AP310).
  4. Penglibatan secara langsung dan tidak langsung bagi tindakan susulan :
    • Jawatankuasa Audit Negeri (JKAN)
    • Jawatankuasa Kewangan & Pengurusan Akaun (JKPA)
    • Jawatankuasa Siasatan Dalaman (JKSD)

 

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI KORPORAT

  1. Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem
    • Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan menyelenggara aplikasi sistem seperti iSPEKS dan ePNJ yang digunakan di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor (PNJ) serta Pusat Tanggungjawab di seluruh Negeri Johor.
    • Merancang, membangun, menyelaras, melaksana dan menyelenggara Aplikasi Sokongan yang digunakan oleh PNJ dan agensi berkaitan.
  2. Rundingan dan Kelulusan Projek ICT
    • Menyediakan khidmat rundingan dan nasihat teknikal berkaitan kelulusan projek ICT di peringkat jabatan.
    • Menyediakan dokumen sokongan teknikal bagi penilaian dan pelaksanaan projek ICT di peringkat jabatan.
  3. Pengurusan Infrastruktur dan Keselamatan ICT
    • Mengurus, mengoperasi dan menyelenggara infrastruktur ICT termasuk keselamatan sistem yang digunakan oleh Perbendaharaan Negeri Johor di Pusat Data Kerajaan Johor (PDKJ) dan Disaster Recovery Centre (DRC).
    • Memantau pengoperasian sistem di Pusat Data Kerajaan Johor dan DRC bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan.
  4. Sokongan Teknikal ICT
    • Menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal (first level support) kepada pengguna sistem di bawah seliaan PNJ.
    • Menyelesaikan isu berkaitan aplikasi dan infrastruktur ICT dibawah seliaaan PNJ secara efisien.
  5. Dasar dan Pemantauan ICT
    • Mengkaji keperluan serta menguatkuasakan dasar, peraturan, piawaian dan garis panduan ICT yang digunapakai oleh PNJ.
    • Memastikan pematuhan terhadap polisi ICT jabatan dan peringkat negeri.
  6. Pengurusan Jawatankuasa ICT
    • Mengurusetiakan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) PNJ serta jawatankuasa berkaitan projek aplikasi ICT jabatan.
    • Menyelaras mesyuarat, minit dan pelaporan berkaitan ICT jabatan.
  7. Pelantikan Jawatan ICT Strategik
    • Mengurus pelantikan dan urus tadbir peranan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) serta Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) bagi PNJ.
  8. Komunikasi Korporat Digital
    • Merancang, membangun, menyelenggara dan mengemas kini laman web rasmi serta platform media sosial rasmi PNJ.
    • Memastikan penyampaian maklumat yang tepat, terkini dan mesra pengguna kepada orang awam dan stakeholders.
  9. Sokongan ICT untuk Program Rasmi
    • Merancang dan menyediakan sokongan teknikal ICT untuk semua program rasmi yang melibatkan PNJ.
    • Memastikan aspek teknikal berjalan lancar sepanjang progam.

UNIT SEMAKAN GAJI

  1. Menyemak, melulus dan menguruskan emolumen bagi Penjawat Awam Kerajaan Negeri Johor berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia.
  2. Bertanggungjawab untuk memastikan pembayaran gaji dan elaun yang tepat dan sah kepada kakitangan Kerajaan.
  3. Menyemak dan mengesah bayaran gantian cutian rehat dan ganjaran kontrak bagi Penjawat Awam Kerajaan Negeri Johor yang berkelayakan.
  4. Menyemak dan mengesah baucar bayaran yang melibatkan emolumen bagi penjawat awam Negeri Johor.
  5. Melaksanakan pembayaran Bantuan Khas Kewangan bagi Penjawat Awam Kerajaan Negeri Johor yang berkelayakan.

 

UNIT SEMAKAN BAYARAN

  1. Menyemak dan mengesah rekod-rekod bayaran mengikut tatacara yang ditetapkan serta memastikan peraturan kewangan dipatuhi berdasarkan undang-undang dan pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa.
  2. Menyemak dan memproses sijil AP58(a) bagi PTJ yang masih mempunyai baki peruntukan pada tahun kewangan sebelum.
  3. Menguruskan penggantian bagi pembatalan cek dan EFT.
  4. Memproses dan menguruskan agihan cek-cek bayaran dan EFT kepada penerima bayaran.
  5. Menguruskan permohonan dan bayaran pukal daripada agensi dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  6. Membantu di dalam memberi khidmat nasihat kepada semua Jabatan Negeri mengenai tatacara dan peraturan bayaran.

 

UNIT SEMAKAN TUNAI

  1. Memastikan hasil telah dipungut dengan betul mengikut kadar-kadar yang telah diluluskan melalui sesuatu undang-undang atau peraturan-peraturan.
  2. Memastikan resit resmi dikeluarkan bagi tiap-tiap penerimaan wang awam melainkan jumlahnya sedia ada tercetak di atas lesen, tiket-tiket dan sebagainya.
  3. Memastikan kawalan dalaman yang sempurna ke atas pungutan hasil di samping borang-borang resit dan lain-lain borang terkawal digunakan mengikut nombor siri yang berturutan.
  4. Memastikan kira-kira wang tunai telah dikendalikan dengan betul mengikut kehendak Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan atau Peraturan-Peraturan yang tertentu.
  5. Memastikan hanya pegawai yang diberi kuasa sahaja yang memungut dan menyelenggara pungutan hasil.

 

PERAKAUNAN UNIT AKAUN

  1. Penyediaan Penyata Awam Negeri Johor
  2. Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank
  3. Menyemak penyata-penyata yang dihantar oleh jabatan/PTJ melibatkan Akaun Amanah, Akaun Hasil, dan Akaun Perbelanjaan
  4. Menyelaraskan Permohonan AP96a
  5. Menyelaraskan Cukai Hiburan.
  6. Meluluskan Pelarasan melalui Jurnal

 

FUNGSI UNIT KHIDMAT PERUNDING iSPEKS

  1. Melaksanakan naziran dan khidmat memberi nasihat dalam memastikan pematuhan pengurusan kewangan berdasarkan prosedur dan tatacara perakaunan yang berkuatkuasa mengikut takwim yang disediakan.
  2. Mengurus capaian ID iSPEKS dalam tempoh 3 hari daripada permohonan lengkap diterima.
  3. Mengurus pendaftaran kod pembekal, kod pelanggan dan kod barang diselesaikan dalam tempoh 3 hari daripada permohonan lengkap diterima.
  4. Mengurus aktiviti migrasi di iSPEKS dalam tempoh 7 hari daripada permohonan lengkap diterima.
  5. Menyediakan log iSPEKS yang diterima daripada pengadu disediakan dalam tempoh 5 hari kepada BKP, JANM.
  6. Melaksanakan kursus pengurusan kewangan dan perakaunan berdasarkan takwim yang disediakan.
  7. Menyediakan pelaporan pematuhan AP103 berdasarkan Jabatan/PTJ secara bulanan.
  8. Mengurus ID Pengguna bagi mengakses maklumat status slip gaji dan laporan penyata tahunan iaitu ePayslip dan eEC di Sistem Portal iSPEKS.

 

FUNGSI UNIT TERIMAAN HASIL

  1. Memastikan segala Kutipan Hasil Kerajaan Negeri diambilkira ke dalam Buku Tunai Harian Perbendaharaan Negeri Johor dan direkodkan dengan tepat dan betul berdasarkan Jabatan / PTJ, Kod Hasil dan Amanah ke Perbendaharaan Negeri Johor.
  2. Melaksanakan semakan bagi Perpindahan Penyata Pemungut (Integrasi Luar-Terimaan Dari Sistem Luar) ke dalam Sistem iSPEKS pada setiap hari.
  3. Mengeluarkan Resit Rasmi Perbendaharaan kepada Jabatan / PTJ Persekutuan (Penyata Pemungut Manual). Manakala memastikan Jabatan / PTJ dibawah Kerajaan Negeri mengeluarkan Resit Perbendaharaan di Jabatan / PTJ masing-masing sendiri melalui sistem iSPEKS.
  4. Mengemaskini Baki Akaun Bank Serta Baki Buku Tunai Perbendaharaan Negeri Johor dari semasa ke semasa bagi mendapatkan kedudukan kewangan terkini.
  5. Melaksanakan Pemindahan Wang Tunai Kira-Kira daripada akaun Terimaan ke bayaran Cek dan bayaran EFT serta menyediakan Bank Draf / Permindahan Telegraf bagi pembayaran ke Luar Negara.
  6. Menguruskan Cek-cek Terimaan Hasil yang ditolak oleh bank dan menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan ke atasnya dengan berhubung dengan Jabatan / PTJ.
  7. Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank (Terimaan, Cek Dan Bayaran) setiap bulan sebelum / pada 14hb perlu dihantar kepada Jabatan Audit Negara /Jabatan Akauntan Negara.
  8. Memastikan Laporan Hasil Jabatan / PTJ (Wang Tunai Dibankkan Dan Akaun Penyelesaian Bank) adalah betul dan tepat selari dengan Bajet Tahunan Hasil Kerajaan Negeri.
  9. Menyediakan Sijil Akaun Tunai mengenai kedudukan Baki Buku Tunai Terimaan dan Bayaran selepas penutupan akaun kira-kira bulanan.
  10. Menyediakan Akaun Transit kepada Jabatan / PTJ yang diberikan kelulusan oleh YB Pegawai Kewangan Negeri Johor.

 

UNIT AM & PELABURAN

  1. Pengurusan Pelaburan dalam simpanan tetap
  2. Pengurusan Kutipan Cukai Hiburan
  3. Pengurusan Pentadbiran Pejabat
  4. Pengurusan Duti Harta Pusaka

Alamat Kami

Pejabat Kewangan Negeri Johor

Aras 1 dan 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Pusat Pentadbiran Kota Iskandar, 79592 Iskandar Puteri, Johor.
Tel: 07-266 6566 Faks: 07-266 1145

Perbendaharaan Negeri Johor

Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Pusat Pentadbiran Kota Iskandar, 79592 Iskandar Puteri, Johor.
Tel: 07-266 6565 Faks: 07-266 1502