Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,
YB Dato’ / YB Datin / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
1. Bersama-sama ini dilampirkan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Johor Bilangan 5 Tahun 2026 berhubung Garis Panduan dan Tatacara Sistem Bayaran Pukal Petron International Sdn. Bhd. yang telah dilantik sebagai agensi pukal ke-11 untuk makluman semua Jabatan / PTJ berkuat kuasa mulai 20 April 2026
2. Untuk makluman YB Dato’ / YB Datin / Tuan / Puan, bersama-sama ini turut disertakan Panduan Pendaftaran, Pengemaskinian dan Pembatalan Akaun Pukal Petron International Sdn. Bhd. melalui PNJ serta penggunaan borang-borang Petron yang merujuk kepada surat PKNJ(B)/400-3/7/5 JLD.2 (7) bertarikh 16 Mac 2026
3. Manakala, Garis Panduan Permohonan Akaun Pukal melalui PNJ bertarikh 6 Oktober 2025 adalah dibatalkan dan digantikan dengan Garis Panduan baru merujuk kepada surat PKNJ(B)/400-3/7/5 JLD.3 bertarikh 9 Mei 2026 Walau bagaimanapun, borang-borang yang telah diedarkan masih diguna pakai sebagai rujukan bagi 10 agensi pukal sedia ada
4. Sekiranya Jabatan / PTJ
mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Garis panduan ini, tuan / puan boleh menghubungi Pn.Nurradhiah di sambungan ext 6761 untuk pertanyaan lanjut sebelum permohonan pukal dibuat oleh Jabatan / PTJ masing-masing
Sekian, terima kasih.
| Tajuk | |||
|---|---|---|---|
|
PEKELILING PERBENDAHARAAN NEGERI JOHOR BIL.5 TAHUN 2026-PUKAL AGENSI PETRON 1 0 download |
2026, Pekeliling Perbendaharaan Negeri Tahun 2026, pukal | 15 May, 2026 | Download |