Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, Perbendaharaan Negeri Johor telah membuat semakan berhubung penambahbaikan pada kadar Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) di bawah Pekeliling WP1.4: Kemudahan Bertugas Rasmi Dan Berkursus Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
3. Sukacita dimaklumkan bahawa pentadbiran ini TIADA HALANGAN bagi timbalguna penambahbaikan sebagaimana para 2 *berkuat kuasa mulai 1 Mei 2026 (bagi bayaran tuntutan EPK bulan April 2026) dan dilaksanakan secara interim, tertakluk kepada kajian semula apabila harga RON95 tanpa subsidi kembali stabil pada paras sebelum berlakunya konflik di Asia Barat.
4. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, penambahbaikan ini turut dipanjangkan kepada semua Jabatan-Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.
Sekian, Terima Kasih.