Timbalguna Pekeliling Perbendaharaan Wp1.4 – Kemudahan Bertugas Rasmi Dan Berkursus Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Untuk Kegunaan Perkhidmatan Awam Negeri Johor Dan Pindaan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Johor Bil 1 Tahun 2026

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

YB Dato’ / YB Datin Paduka / YAA Dato’ / YM Ungku / Tuan / Puan,

PEMAKLUMAN TIMBALGUNA PEKELILING PERBENDAHARAAN WP1.4 – KEMUDAHAN BERTUGAS RASMI DAN BERKURSUS BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN UNTUK KEGUNAAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI JOHOR DAN PINDAAN PEKELILING PERBENDAHARAAN NEGERI JOHOR BIL 1 TAHUN 2026

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman, Perbendaharaan Negeri Johor telah membuat semakan berhubung Pekeliling Perbendaharaan WP1.4 – Kemudahan Bertugas Rasmi Dan Berkursus Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

3. Sukacita dimaklumkan bahawa pekeliling ini ditimbalguna dengan pindaan sebagaimana Lampiran A untuk kegunaan Perkhidmatan Awam Negeri Johor berkuatkuasa 01 Februari 2026.

4. Pindaan pada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Johor Bil 1 Tahun 2026 adalah sebagaimana Lampiran B.

5. Tertakluk pada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Pekeliling ini turut dipanjangkan kepada semua Jabatan-Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.

Sekian dimaklumkan.

PERBENDAHARAAN NEGERI JOHOR