Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
Untuk makluman, Perbendaharaan Negeri Johor telah mengeluarkan Pekeliling Perbendaharaan Negeri Tahun 2026 bagi kegunaan dan panduan jabatan YB Dato’/YB Datin Paduka/YAA Dato’/YM Ungku/Tuan/Puan sebagaimana berikut:
i) Pekeliling Perbendaharaan Negeri Johor Bil. 6 Tahun 2026 – Langkah Penjimatan Perbelanjaan Kerajaan Negeri johor.
Sehubungan dengan itu, dipohon pihak YB Dato’/YB Datin Paduka/YAA Dato’/YM Ungku/Tuan/Puan untuk memuat turun pekeliling ini melalui laman sesawang Perbendaharaan Negeri Johor (https://pnj.johor.gov.my) bagi rujukan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi tujuan kawalan perbelanjaan.
Sekian, terima kasih