Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Bersama-sama ini dimajukan format borang tuntutan perjalanan pegawai awam yang akan berkuatkuasa mulai tuntutan Bulan Februari 2026. Mohon dipanjangkan kepada warga kerja pejabat masing-masing supaya menggunakan format yang baru ini.
3. Untuk makluman, borang ini mengandungi perkiraan yang telah diformatkan secara automatik, PTJ boleh membuat pindaan untuk menambah mana-mana ruangan yang perlu. Borang ini adalah hasil inisiatif kami memberikan kemudahan kepada PTJ dimana sepatutnya PTJ boleh menyediakan format borang masing2 dengan merujuk kepada PP WP1.4 yang dikeluarkan.