Iklan Kekosongan Jawatan Kontrak Di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor

Assalamualaikum WBT dan Salam Maju Johor,

Yang Berhormat Dato’ / Yang Berhormat Datin Paduka / Yang Mulia Ungku / Yang Amat Arif Dato’ / Tuan / Puan,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK DI PEJABAT PERBENDAHARAAN NEGERI JOHOR

Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Bersama – sama ini dilampirkan Iklan Jawatan Kosong di Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor. Pentadbiran ini memohon jasa baik pihak Yang Berhormat Dato’ / Yang Berhormat Datin Paduka / Yang Mulia Ungku / Yang Amat Arif Dato’ / Tuan / Puan untuk mempamerkan di papan kenyataan untuk makluman kakitangan dan orang awam.

Bil Jawatan Kekosongan
1. Penolong Akauntan Gred W5 – 1
2. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N1 – 3
3. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W1 – 2
4. Personel MySTEP (SPM) – 12

3. Sekian untuk makluman Yang Berhormat Dato’ / Yang Berhormat Datin Paduka / Yang Mulia Ungku / Yang Amat Arif Dato’ / Tuan / Puan.

Sekian, terima kasih.