Pelawaan Sebutharga Bagi Perkhidmatan Penyewaan Mesin Fotostat Bagi Tempoh Dua Puluh Empat (24) Bulan Di Perbendaharaan Negeri Johor

Pada awalnya didoakan tuan/puan sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan. Berikutnya izinkan saya memohon perhatian tuan/puan kepada perkara di atas. 

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Perbendaharaan Negeri Johar ingin mempelawa syarikat tuan/puan untuk menyertai sebutharga bagi Perkhidmatan Penyewaan Mesin Fotostat bagi tempoh dua puluh empat (24) bulan di jabatan ini. Bersama-sama ini, dilampirkan kenyataan tawaran sebutharga bagi makluman pihak tuan/puan.

3. Sehubungan itu, dokumen sebutharga tersebut boleh diperolehi di Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia, Perbendaharaan Negeri Johor, Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota lskandar, 79592 lskandar Puteri, Johor. Sebutharga tersebut hendaklah menggunakan sampul berlakri dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga selewat-lewatnya sebelum atau pada 11 Mac 2024 (lsnin), jam 12.00 tengahari.

Sekian, terima kasih.

 

Icon

Surat Perlawaan Sebutharga 2024 169.37 KB 69 downloads

...