Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor akan mengadakan Bengkel Pemantapan
Pengurusan Kewangan bagi skop kerja hasil secara intensif kepada Penyedia dan Penyemak di Pusat Tanggungjawab
dan Jabatan di peringkat Negeri Johor.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memastikan Jabatan/PTJ mematuhi undang-undang, Peraturan Kewangan dan
perakaunan yang berkuatkuasa, meningkatkan pengetahuan tentang akauntabiliti dalam Pengurusan Kewangan dan
mengenal pasti punca masalah Pengurusan Kewangan dan langkah mengatasinya.
Sehubungan dengan itu, bagi mematuhi SOP dan tempat latihan yang terhad, bersama-sama ini dilampirkan (seperti edaran)
sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh: 23 Januari hingga 15 Februari 2022 (Seperti senarai edaran)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik Latihan 1, Perbendaharaan Negeri Johor