Syarat-syarat Pinjaman UBAHSUAI RUMAH

Syarat-syarat Pinjaman

  1. Amaun pinjaman / pembiayaan adalah perbezaaan di antara kelayakan semasa (mengikut jawatan) dengan amaun yang telah diambil atas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Premium Polisi Gadaijanji dan Premium Polisi Kediaman.
  2. Bagi Peminjam / Penerima Biaya yang telah mengambil Pinjaman / Pembiayaan Jenis 1 dan 5, 5 tahun dari tarikh surat kelulusan tetapi 6 bulan sebelum bersara. Bagi Pinjaman / Pembiayaan Jenis 2 dan 3 pemohon, hendaklah dikemukakan selepas 5 tahun dari tarikh pemgeluaran 95%, tetapi 6 bulan sebelum bersara.
  3. Pemohon yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman tidak layak mohon pinjaman.
  4. Pinjaman / Pembiayaan hanya dibenarkan sekali sahaja.
  5. Pinjaman / Pembiayaan tidak boleh dicampur adukkan dengan lain-lain jenis Pinjaman / Pembiayaan.
  6. Tempoh bayaran balik adalah tidak lebih daripada 25 tahun, termasuk baki tempoh bayaran balik yang belum diselesaikan. Bagi Pemohon yang memilih Skim Tetap dan Mencarum KWSP, tempoh bayaran balik sebelum tarikh persaraan wajib.
  7. Pemegang Pertaruhan diperlukan.
  8. Pemohonan pinjaman hendaklah dikemukakan sebelum kerja-kerja ubahsuai dimulakan.
  9. Bayaran akan dibuat atas nama Pemegang Pertaruhan.
  10. Jika Hakmilik mempunyai 2nd Chargee selain daripada Kerajaan, kebenaran daripada 2nd Chargee hendaklah diperolehi terlebih dahulu oleh Peminjam / Penerima Biaya di mana surat kebenaran itu hendaklah dilampirkan bersama-sama Borang Permohonan.
  11. Permohonan Laporan Pernilaian hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pernilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan yang terdekat dengan harta mengikut Borang 1/2000.
  12. Bagi kes bayaran balik pinjaman / pembiayaan perumahan yang sedia ada yang belum lagi diselesaikan sepenuhnya, Skim Pinjaman hendaklah mengikut Skim Pinjaman yang sedia ada iaitu kalau pinjaman yang belum diselesaikan itu SPPP, pemohonan untuk kerja-kerja ubahsuai hendaklah SPPP juga, tidak boleh mohon SPPPI, dan sebaliknya.
  13. Tuntutan bayaran hendaklah dikemukakan mengikut Borang 5/2000 (Buat salinan secukupnya jika tuntutan bayaran lebih daripada satu kali kelak). Pinjaman kerja-kerja ubahsuai yang bernilai RM 50,000 dan ke bawah hendaklah membuat tuntutan sekali sahaja dan disahkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan.
  14. Tawaran Pinjaman / Pembiayaan hanya berkuatkuasa selepas Peminjam / Penerima Biaya menyempurnakan Borang Setuju Terima Pinjaman / Pembiayaan (Lampiran E) dan dikembalikan kepada BPPP.

Pengeluaran Bayaran

Pengeluaran bayaran adalah seperti berikut:-

  1. Bagi kes bayaran balik pinjaman terdahulu yang telah diselesaikan:
    1. Akujanji daripada Pemegang Pertaruhan Borang 4A/2000 ATAU Borang 4B/2000 telah disempurnakan dan dikemukakan kepada BPPP;
    2. Harta telah digadai kepada Kerajaan Johor / Penyerahanhak telah disempurnakan atau sekurang-kurangnya mengemukakan Nombor Perserahan atau Nombor Pendaftaran
  2. Tuntutan bayaran dikemukakan mengikut format 5/2000 tertakluk:-Bayaran atas nama Pemegang Pertaruhan.
    1. Bagi pinjaman yang bernilai lebih daripada RM 50,000, bilangan tuntutan tidak melebihi 4 kali, di mana tuntutan terakhir hendaklah disahkan oleh Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta;
    2. Tuntutan bagi pinjaman yang bernilai RM 50, 000 dan ke bawah sekali sahaja dan disahkan oelh Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta.
  3. Premium Perlindungan Gadaijanji dikeluarkan apabila Lampiran E yang disempurnakan diterima, sementara bayaran Premium Perlindungan Kediaman dikeluarkan, apabila kerja-kerja uabhsuai siap 100%.

Muat Turun

Borang 1-2000 – Permohonan Laporan Penilaian

Icon
Borang 1-2000 - Permohonan Laporan Penilaian

Borang 2-2000 – Surat Setuju Penyelesaian Melalui Ganjaran

Icon
Borang 2-2000 - Surat Setuju Penyelesaian Melalui Ganjaran

Borang 3A-2000 – Perakuan firma guaman

Icon
Borang 3A-2000 - Perakuan firma guaman

Borang 3A-2000 – Akujanji Pemegang Pertaruhan (Assignment Case)

Icon
Borang 3A-2000 - Akujanji Pemegang Pertaruhan (Assignment Case)

Borang 4B-2000 – Perakuan firma guaman

Icon
Borang 4B-2000 - Perakuan firma guaman

Borang 4B-2000 – Akujanji Pemegang Pertaruhan (Assignment Case1)

Icon
Borang 4B-2000 - Akujanji Pemegang Pertaruhan (Assignment Case1)

Borang 15-2000 -Pengesahan Keupayaan Menjelaskan Wang

Icon
Borang 15-2000 -Pengesahan Keupayaan Menjelaskan Wang

Borang-spppi-2000 – Borang Permohonan Pembiayaan Perumahan

Icon
Borang-spppi-2000 - Borang Permohonan Pembiayaan Perumahan