Amanat Pegawai Kewangan Negeri
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Muafakat Johor. Terlebih dahulu marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya kita dapat melayari Laman Web Rasmi Perbendaharaan Negeri Johor ini. Sebagai menyahut seruan Kerajaan dalam melaksana dan mengembangkan aplikasi elektronik dalam pentadbiran Kerajaan, laman web ini dibangunkan bertujuan sebagai saluran dan menjadi jambatan penghubung kepada komuniti dan orang awam dengan agensi Kerajaan terutama bagi urusan-urusan yang melibatkan aplikasi online dan juga sebagai sumber rujukan utama.Laman web ini juga merangkumi beberapa menu utama yang terdiri daripada Profil Jabatan, Bahagian, Perkhidmatan, serta program yang dianjurkan jabatan, hyperangkai, Pekeliling-Pekeliling Perbendaharaan Negeri berbagai-bagai maklumat penting yang terkini. Saya juga mengalu-alukan pertanyaan, pendapat serta cadangan terhadap jabatan ini di dalam usaha penambahbaikan berterusan terutama pada aspek Sistem Penyampaian dan Pembangunan Modal Insan untuk melahirkan sebuah jabatan yang mampu berdaya saing dalam menempuh cabaran dan kehendak Negara dan komuniti. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang akan dan telah melayari Laman Web Rasmi Perbendaharaan Negeri Johor. Diharap dengan adanya laman web ini, secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada kita semua Insya-Allah. Selamat melayari Laman Web Rasmi Perbendaharaan Negeri Johor.”
Mengenai Kami
Profil Jabatan
OBJEKTIF
Merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan kearah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri.
MISI
Berusaha menyediakan tenaga kerja yang proaktif, professional serta komited dalam memenuhi kehendak pelanggan dengan melaksanakan pengurusan yang cekap.
VISI
Menjadikan Perbendaharaan Negeri sebuah agensi kerajaan yang berkualiti dan profesional dalam pengurusan kewangan negeri seiring dengan aspirasi untuk menjadi sebuah kerajaan yang efisien.
FUNGSI DAN STRATEGI
Bagi memastikan pengurusan kewangan diperingkat pusat dan agensi-agensi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan disamping menyediakan maklumat kewangan yang berkualiti dengan cepat dan teratur maka Perbendaharaan Negeri Johor telah merancang strategi berikut:-
- Merangka dan menyediakan Dasar-dasar Kewangan dan Belanjawan Negeri yang seimbang.
- Mengawasi serta memastikan supaya kutipan hasil negeri mencapai tahap maksimum.
- Mengawal dan menguruskan secara berkesan pelaburan Kerajaan Negeri.
- Mengawal pinjaman Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dan pinjaman Kerajaan Negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan-badan Berkanun Negeri.
- Mengawasi dan mengawal perbelanjaan negeri supaya mengelakkan pembaziran dan penyelewengan.
- Mengendali dan mengurus dengan cekap urusan peruntukan kepada Jabatan- jabatan supaya dapat menigkatkan perkhidmatan asas Kerajaan mengikut masa yang ditetapkan.
- Mengawasi pengurusan stor Jabatan dan agensi serta mengawal pelupusan aset negeri melalui sistem yang berkesan.
- Memberi khidmat nasihat kepada Jabatan dan agensi Kerajaan mengenai semua perkara berkaitan dengan pengurusan kewangan.
- Mengambil tindakan bagi menyelaras, mengawasi dan mendapatkan maklumbalas serta memastikan tindakan susulan telah dilaksanakan keatas teguran Audit.
- Meningkatkan kemahiran anggota-anggota jabatan termasuk bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta kepimpinan.
- Mewujud dan membangunkan sistem maklumat serta memastikan supaya aliran maklumat bergerak secara berkesan untuk membantu pengurusan kewangan pentadbiran negeri
Piagam Pelanggan
- Menyediakan Buku Bajet Negeri yang tepat dan Jumlah naskah yang mencukupi 14 hari sebelum tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri.
- Mengemukakan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri kepada Ketua- ketua Audit Negeri sebelum 31 Mei.
- Memproses Permohonan-Permohonan Seperti berikut:
- Pendahuluan Diri – 5 Hari Bekerja
- Pengecualian Duti Hiburan – 6 Hari Bekerja
- Pelupusan/Hapuskira – 30 Hari Bekerja
- Pinjaman Perumahan – 6 Minggu
- Memproses dan mengeluarkan:
- Resit Terimaan Perbendaharaan – 14 Hari Bekerja
- Resit Terimaan Bayaran – Serta Merta
- Tawaran tender diputuskan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh diterima.
Carta Organisasi

Senarai Pegawai dan Kakitangan Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor 2018
Senarai Bahagian
UNIT HASIL
- Menyelaras dan memantau kutipan hasil negeri
- Merancang usaha-usaha untuk meningkatkan hasil negeri
- Mencari sumber baru hasil negeri
- Menyediakan penyata dan laporan kewangan hasil
- Menganalisa maklumat hasil dari agensi kerajaan negeri dan membuat jangkaan hasil akan datang
UNIT PINJAMAN DAN BELANJAWAN
- Menyediakan surat pekeliling belanjawan
- Mengurus dan menyediakan proses penyediaan belanjawan tahunan untuk kelulusan MMK dan DUN dan buku belanjawan tahunan
- Memperakukan permohonan peruntukan baru, peruntukan tambahan, pindah peruntukan dan menyedia kerta-kertas MMK ke Dewan
- Mengkaji prestasi Kewangan Kerajaan Negeri dari masa ke semasa
UNIT ANALISA & PEMANTAUAN PELABURAN
- Merancang, mengawal dan menyelenggarakan urusan pelaburan dan rekod-rekod perakaunan pelaburan bagi Kerajaan negeri
- Mengkaji dan memantau pelaburan yang dibuat oleh agensi Kerajaan Negeri serta memberi laporan/ pandangan kepada pihak pengurusan bagi mempertingkatkan ketelusan pengurusan kewangan pelaburan
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET
- Urusan perolehan jabatan Negeri/Pelantikan Perunding
- Pengurusan Penjadualan Mesyuarat Lembaga Perolehan (Tender) Negeri
- Pengurusan kelulusan permohonan perlantikan perunding Jabatan- jabatan Negeri
UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
- Urusetia Penyelaras & maklumbalas bagi; – Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Negeri, – Pengurusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Negeri, – Kewangan Mesyuarat Dewan Negeri, MMK, Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Negeri / Persekutuan.
- Permohonan Pengecualian Duti Hiburan
- Timbalguna Pekeliling / Permohonan AP8(a) dan lain-lain
UNIT PENTADBIRAN & PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
- Pentadbiran: Pengurusan kad pejabat surat-menyurat, sistem fail, Laporan Tahunan Jabatan .
- Perkhidmatan: Pengurusan Perjawatan Perkhidmatan & kenaikan pangkat, kemaskini maklumat personal di SISPEN Jabatan.
- Kewangan: Pengurusan kawal peruntukan jabatan, pengurusan penyediaan gaji / vot jabatan dan pengeluaran pesanan tempatan.
UNIT PENGURUSAN KOMPUTER
- Menguruskan fasiliti komputer jabatan
- Penyelenggaraan perkakasan 1SPEKS
- Latihan 1SPEKS
UNIT PENGURUSAN PEMANTAUAN AUDIT
- Pengurusan penyediaan memorandum tahunan Laporan Ketua Audit Negara dan memberi maklum balas jabatan-jabatan terhadap Laporan Ketua Audit Negara.
- Pengurusan penyediaan maklum balas jabatan-jabatan terhadap syor dan laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Raya Negeri Johor).
- Pengumpulan maklum balas daripada unit-unit yang terlibat dengan pengauditan penyata kewangan dan pengurusan kewangan berasaskan Indeks Akauntabiliti (AI) sebelum dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara dalam tempoh yang ditetapkan.
- Bertindak sebagai urusetia bagi Lembaga Pemeriksa Tahunan.
- Menjalankan pemeriksaan mengejut jabatan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
- Bertindak sebagai urusetia Exit Conference Laporan Ketua Audit Negara Peringkat Kerajaan Negeri.
- Menyemak dan memantau pelaksanaan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) jabatan-jabatan dan agensi kerajaan negeri.
- Menyemak dan memantau pemberian kerajaan kepada Jawatankuasa Pengurusan Mukim-mukim (JPMM).
PERKHIDMATAN & OPERASI UNIT SEMAKAN GAJI
- Memproses bayaran gaji berpandukan tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Akauntan Negara
- Memproses baucer berasingan bagi bayaran gaji dan elaun lebih masa mengikut piagam pelanggan
- Menyemak dan mengesahkan pencen terbitan bagi ADUN
- Menyemak dan mengesahkan Sijil Gaji Akhir untuk kakitangan Kerajaan Negeri
UNIT SEMAKAN BAYARAN
- Memproses bayaran atas tuntutan yang dikemukakan oleh jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ)
- Menyediakan cek-cek bayaran dan melaksanakan urusan penyerahan dan pengeposan cek-cek
- Menyimpan dokumen-sokongan untuk pemeriksaan audit
- Membuat naziran baucer-baucer bayaran PTJ
PERAKAUNAN UNIT AKAUN
- Penyediaan Penyata Awam Negeri Johor
- Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank
- Menyemak penyata-penyata yang dihantar oleh jabatan/PTJ melibatkan Akaun Amanah, Akaun Hasil, dan Akaun Perbelanjaan
- Meluluskan Pelarasan melalui Jurnal
UNIT AM & PELABURAN
- Pengurusan Pelaburan dalam simpanan tetap
- Pengurusan Kutipan Cukai Hiburan
- Pengurusan Pentadbiran Pejabat
- Pengurusan Duti Harta Pusaka
UNIT TERIMAAN HASIL
- Menyemak dan melulus Penyata Pemungut
- Menyerahkan resit-resit terimaan rasmi kepada Jabatan dan PTJ
- Mendapatkan penyata-penyata pemungut daripada bank untuk diperakaunkan
- Penyesuaian terimaan melalui bank
UNIT SEMAKAN TUNAI
- Memastikan hasil telah dipungut dengan betul mengikut kadar-kadar yang telah diluluskan melalui sesuatu undang-undang atau peraturan-peraturan.
- Memastikan resit rasmi dikeluarkan bagi tiap-tiap penerimaan wang awam melainkan jumlahnya sedia ada tercetak di atas lesen, tiket-tiket dan sebagainya.
- Memastikan kawalan dalaman yang sempurna ke atas pungutan hasil di samping borang-borang resit dan lain-lain borang terkawal digunakan mengikut nombor siri yang berturutan.
- Memastikan kira-kira wang tunai telah dikendalikan dengan betul mengikut kehendak Akta Acara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan atau Peraturan-Peraturan yang tertentu.
- Memastikan hanya pegawai yang diberi kuasa sahaja yang memungut dan menyelenggara pungutan hasil.
Alamat Kami
Pejabat Kewangan Negeri Johor
Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Pusat Pentadbiran Kota Iskandar, 79592 Iskandar Puteri, Johor.
Tel: 07-266 6566/266 6567 Faks: 07-266 1145
Perbendaharaan Negeri Johor
Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Pusat Pentadbiran Kota Iskandar, 79592 Iskandar Puteri, Johor. Tel: 07-266 6775 Faks: 07-266 1502