Soalan:

Dokumen-dokumen yang perlu diserahkan untuk di audit?

Jawapan:

Buku Tunai Cerakinan, Kew. 38, Kew. 68, Kew. 243 dan dokumen-dokumen sokongan yang digunakan.

Soalan:

Dalam tempoh berapa hari buku tunai cerakinan perlu diserahkan untuk diaudit?

Jawapan:

Mengikut Arahan Perbendaharaan 145 yang memperuntukkan supaya buku tunai dan dokumen-dokumen sokongannya hendaklah dikemukakan kepada Bendahari Negeri dalam tempoh 10 hari selepas akhir  tiap-tiap satu bulan.  Sekiranya tiada apa-apa hasil yang dipungut bagi bulan yang berkenaan, maka dokumen – dokumen berikut hendaklah dihantar untuk makluman dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam Arahan Perbendaharaan 145:

  1. Buku tunai ” TIADA “
  2. Kew 253
  3. Kew 68

Soalan:

Pungutan hasil perlu di bank in kan dalam tempoh masa berapa hari?

Jawapan:

Hasil yang dikutip sepatutnya di deposit ke dalam bank pada hari yang sama selepas hasil diterima, pekara ini telah dinyatakan dalam Arahan Perbendaharaan 78 dimana semua pemungut hasil hendaklah memasukkan pungutan pada hari tersebut jika pungutan lewat diterima hendaklah dimasukkan pada keesokkan harinya.

Soalan:

Pungutan hasil perlu dimasukkan mengikut kod yang bagaimana?

Jawapan:

Hasil kerajaan Negeri perlulah dimasukkan mengikut kod-kod Perbendaharaan Negeri Johor tahun 2003. Contohnya hasil cukai tanah semasa dimasukkan ke dalam kod hasil 61210 (Cukai Tanah).

Soalan:

Siapakah yang layak untuk menerima wang kutipan dan menandatangani resit?

Jawapan:

Mengikut Arahan Perbendaharaan 69 dan 70 menjelaskan pegawai yang layak untuk menerima wang kutipan hasil dan pegawai yang layak untuk menandatangani resit.  Pegawai yang menerima wang kutipan dan pegawai yang menandatangani resit adalah pegawai yang berlainan.

Soalan:

Adakah penyata penyesuaian perlu dihantar jika tiada transaksi dalam sesuatu bulan?

Jawapan:

Mengikut Arahan Perbendaharaan 143 (b), Pegawai Pengawal atau jabatan hendaklah menyesuaikan urusniaga laporan terperinci dari Bendahari Negeri dengan rekod perakaunannya dan menyediakan penyata penyesuaian akaun untuk dikemukakan kepada Bendahari Negeri pada tiap-tiap bulan.

Soalan:

Dalam tempoh berapa hari penyata penyesuaian perlu diserahkan kepada Bendahari Negeri?

Jawapan:

Sijil Pengesahan Baki dan Penyata Penyesuaian hendaklah dikemukakan kepada Bendahari Negeri dalam tempoh 14 hari dari tarikh penutupan akaun bulanan.

Soalan:

Jika jabatan tidak mempunyai Tunggakan Hasil/ABT pada tarikh laporan, adakah Laporan ABT-1 dan ABT-2 perlu disediakan?

Jawapan:

Sebagaimana Para 7.7.3 Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2008, Jabatan yang tidak mempunyai tunggakan hasil pada tarikh laporan, dikehendaki mengemukakan penyata berkenaan yang memaklumkan “tiada” Akaun Belum Terima pada tempoh tersebut.

Soalan:

Berapakah kekerapan yang boleh dibuat untuk merekup panjar wang runcit?

Jawapan:

Mengikut Arahan Perbendaharaan 112 (a), rekupmen boleh dibuat lebih dari sekali dalam sebulan. Ini bermakna jika kerap rekupmen dilakukan adalah lebih baik kerana baki panjar akan sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan perbelanjaan yang berikutnya.

Soalan:

Apakah dokumen yang perlu disediakan setiap akhir tahun bagi penutupan akaun?

Jawapan:

Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan setiap akhir tahun berakhir 31 Disember dalam tempoh masa yang telah ditetapkan :

  1. Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit/Khas
  2. Penyata Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah
  3. Senarai Baki Individu Akaun Deposit
  4. Penyata Tunggakan Hasil (Laporan ABT-2)
  5. Penyata Penyesuaian Akaun Amanah, Deposit dan Hasil
  6. Penyata Penyesuaian Perbelanjaan Vot Mengurus/Pembangunan