Perlaksanaan Dashboard Baharu Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS)

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Khidmat Perunding Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah membuat penambahbaikan  Dashboard baharu dan kawalan keselamatan akses pengguna iSPEKS yang akan dilaksanakan pada 6 Januari 2021. Terdapat blackout period bagi perlaksanaan aktiviti ini. Sistem iSPEKS akan ditutup dalam tempoh bermula 1 Januari 2021 hingga 5 Januari 2021.

Oleh yang demikian, semua proses dan transaksi melibatkan sistem iSPEKS dapat dilakukan bermula 6 Januari 2021 termasuk penjanaan Waran Peruntukan 2021 dan Perubahan Gaji Januari 2021.