Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Tahun 1440H/2019M Dan Hari Pantri Perbendaharaan Negeri Johor

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Minit mesyuarat MBJ Bil 4/2018 para 3.2 bartarikh 16 Disember 2018 dan Mesyuarat Persiapan Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Tahun 1440H/2019M bertarikh 3 Januari 2019 adalah berkaitan.

Untuk Makluman, jabatan telah bersetuju untuk membuat Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Tahun 1440H/2019M beserta dengan sambutan Hari Pantri bagi Disember 2018 dan Januari 2019 sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 10 Januari 2019 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Serbaguna, Aras 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak