Majlis Sambutan Maulidur Rasul Perkhidmatan Awam Tahun 1439H/2018M Peringkat Kota Iskandar

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Surat bil SUKJ.BKP.16/6 Jld.3 (8) bertarikh 08 Februari 2018 adalah berkaitan.

2. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kota Iskandar bagi tahun 1439H/2018M akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 15 Februari 2018 (khamis)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Masjid Kota Iskandar, Iskandar Puteri
Pakaian : Lelaki – Baju Melayu
Perempuan – Baju Kurung
Aturacara : Lampiran A

3. Sehubungan itu, tuan/puan diarahkan untuk menyertai perarakan Maulidur Rasul bermula dari Dataran Kota Iskandar ke Masjid Kota Iskandar. Kehadiran adalah Tidak Boleh Tidak. Perarakan ini akan dinilai oleh pihak urusetia dari segi kreativiti sepanduk, perarakan dan pakaian. Dengan ini tuan/puan hendaklah memberikan kerjasama sepanjang perarakan tersebut.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(HAJI A. RAHIM BIN HAJI NIN)
Pegawai Kewangan Negeri
Johor.