Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 1439H/2018M Pejabat Perbendaharaan Negeri Johor

Dengan segala hormatnya perkara  di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Kebajikan dan Sukan Perbendaharaan Negeri Johor akan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 1439H/2018M pada tarikh dan tempat sebagaimana berikut:

Tarikh: 23 Januari 2018 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Serbaguna, Aras 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Pusat Pentadbiran Kota Iskandar, Iskandar Puteri.
Penceramah: Al-Fadhil Ustaz Haji Ellyeen Amineen bin Mohd Salleh
Pakaian: Lelaki – Baju Melayu, bersamping dan bersongkok, Perempuan – Baju kurung dan bertudung

Aturcara majlis tersebut dilampirkan untuk makluman Tuan/Puan seperti senarai edaran.

Sebuhungan dengan itu, dijemput Tuan/Puan untuk hadir ke majlis tersebut pada tarikh dan tempat sebagaimana di atas. Semoga kehadiran Tuan/Puan mendapat keredhaan daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

(NOR AZLEENA BINTI ABDUL RAHMAN)
Setiausaha
Bendahari Kelab Kebajikan Dan Sukan
Perbendaharaan Negeri Johor.