Kursus Inden Kerja Dan Pengurusan Kontrak Sistem 1SPEKS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Modul Pengurusan Kontrak (COM) di sistem 1SPEKS akan dilaksanakan pada tahun 2018. Modul tersebut digunakan bagi proses penyelenggaraan maklumat kontrak dan arahan bayaran inden kerja di setiap jabatan dan ptj.

3. Sehubungan itu, Perbendaharaan Negeri Johor menjemput (1 orang wakil) dari pihak YBM Tunku/Y.B Dato’/Tuan/Puan yang terdiri dari Penyedia (yang terlibat dengan penyediaan inden kerja & pengurusan kontrak) bagi menghadiri kursus tersebut. Berikut adalah butiran kursus tersebut:

Tarikh : (Seperti di Lampiran A)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan BSTICT, Bahagian Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor, Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian tersebut di bawah :

Urusetia SPEKS : 07 2667183, 2667181, 2667165, 2667152

5. Untuk makluman, pihak Perbendaharaan hanya menyediakan makan minum sepanjang latihan diadakan. Akan tetapi segala kos pengangkutan dan penginapan ditanggung oleh pihak YBM Tunku/Y.B Dato’/Tuan/Puan sendiri. Kerjasama dan perhatian dari pihak YBM Tunku/Y.B Dato’/Tuan/Puan terhadap perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(NORLIANA BINTI AB RAHIM)
Pegawai Teknologi Maklumat
Perbendaharaan Negeri,
Johor.

 

Icon

Kursus Inden Kerja Dan Pengurusan Kontrak Sistem 1SPEKS