Jemputan Taklimat Penutupan Akaun Akhir Tahun

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pihak Perbendaharaan Negeri Johor akan mengadakan 1 sesi taklimat berkaitan penutupan akaun akhir tahun dan penyediaan penyata kewangan Kerajaan Negeri Johor tahun 2017 pada ketetapan berikut :

Tarikh : (Seperti di Lampiran A)
Masa : Sesi 1: 8.30 pagi hingga 12.30tengahari Sesi 2: 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Tayangan, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Pusat Pentadbiran Kota Iskandar, Iskandar Puteri

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian tersebut di bawah : 

Urusetia 1SPEKS   :072667136/ 7181/ 6750/ 7183/ 7152/ 7165

3. Sehubungan itu, Perbendaharaan Negeri Johor menjemput 4 orang wakil dari pihak YBM Tunku/Y.B Dato’/tuan/puan yang terdiri dari penyedia dan penyemak yang terlibatdengan penyediaan hasil, amanah, panjar dan perbelanjaan jabatan.

4. Untuk makluman, pihak Perbendaharaan menyediakan makan minum sepanjang sesi tersebut diadakan. Kerjasama dan perhatian dari pihak YBM Tunku/Y.B Dato’ /tuan/puan terhadap perkara ini amatlah dihargai. 

Sekian, Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

HAJAH NORHAYATI BINTI HAJI MD. YUSOF
Akauntan Perbendaharaan Negeri,b.p. Bendahari Negeri,Johor.

 

Icon

Surat Jemputan PTJ Taklimat Penutupan Akhir Tahun