Pengeluaran Certificate Of GST Relief (CoGSTR) Bagi Perolehan Barang

Pengeluaran Certificate Of GST Relief (CoGSTR) Bagi Perolehan Barang Yang Dibuat Oleh Orang Yang Dilepaskan Daripada Pembayaran Cukai Barang Dan Perkhidmatan (CBP) Di Bawah Butiran 3, Jadual Pertama, Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pelepasan) 2014

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas dan edaran surat Pekeliling Jabatan Kastam DiRaja Malaysia bilangan KE.HF(142)140/10-9(23) bertarikh 2 mei 2017 adalah berkaitan.

2. Sepertimana yang telah sedia maklum, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diberi pelepasan membayar CBP ke atas perolehan barang kecuali petroleum dan kereta yang diimport di bawah Butiran 3, Jadual Pertama, Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) (Pelepasan) 2014.

3. Sehubungan itu, Ketua-Ketua Jabatan hendaklah memastikan syarat-syarat yang telah dinyatakan di bawah butiran tersebut hendaklah dipatuhi dengan mengeluarkan Sijil CoGSTR bagi setiap kali perolehan barang yang dibuat kepada pembekal /orang yang diberi pelepasan daripada membayar CBP melalui kunci masuk dan cetakan Sijil CoGSTR dari Sistem 1SPEKS (Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri). Bagi perolehan perkhidmatan, tiada pelepasan diberikan.

4. Dipohon kerjasama dan tindakan Y.B Dato’/YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk mematuhi kehendak dan syarat sepertimana dinyatakan di atas.

Sekian, terima kasih.

 

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Haji Mohd Nasir bin Abd Salam
Pegawai Kewangan Negeri
JOHOR